Pages

21/04/2009

'Ainaa demam...




setelah sekian lama, akhirnya ade gak kesempatan aku nak mencoret kat blog ni. my little princess baru sembuh demam. asyik meragam je. rupa2nye nak tumbuh gigi. asyik nak menggigit orang je. pantang dapat benda kat tangan mula ler nak gigit.
tu ler muka seposen orang demam berposing..




11/04/2009

KAWAN

KAWAN


" orang yang bijak ialah berkawan dengan kawan,

orang yang bijak ialah berkawan dengan musuh,

orang yang bijak ialah yang bijak memilih kawan-kawannya..."


Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana JIKA mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.


Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri seribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaanya ? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.


Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa berada di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita. Segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan. Bila terkeliru, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.


Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya ? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita ? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya ? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah ? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah ? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan ? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.


Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa. d i a juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang. kita sangka. Di s e b a l i k s e n y u m n y a itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik k e t e n a n g a n n y a, mungkin tersimpan seribu kekalutan. kita tidak tahu..........tetapi jika kita c u b a jadi sahabat seperti d i a, mungkin kita akan tahu.


'Kesederhanaan Adalah Rahsia Keindahan'

Racun Hati

Antaranya ada empat Racun Hati iaitu:-
1. Berlebih-lebih dalam bicara atau Gurauan yang Keterlaluan.
2. Berlebih-lebih dalam memandang atau Terlalu Membuka Mata terhadap orang lain.
3. Berlebih-lebih dalam makan, dan
4. Berlebih-lebih dalam pergaulan.

5 Jenis Racun dan 5 Penawarnya

5 Jenis Racun dan 5 Penawarnya

Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Bismillah

Bismillah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

8 Hadiah Terindah dan Tak Ternilai

8 Hadiah Terindah dan Tak Ternilai


Kehadiran
Mendengar
Diam
Kebebasan
Keindahan
Tanggapan Positif
Kesediaan Mengalah
Senyuman

Buat Mu Ibu Ayah

Buat Mu Ibu Ayah



terima kasih ibu

terima kasih duhai ayah

lahirku ke duniaku

di sambut penuh kesyukuran

bisikan azan ke telinga

iqamah kalimah nan luhur

lahirku ke dunia

ku di asuh mengenal Allah

ku di ajar sebut nama-Nya

juga nabi rasul mulia

salam sayang ayah dan ibu

mendidik ku tak pernah jemu

halalkan makan minumku

maafkan segala salah silap ku

tanpa maaf dan juga restu

hidup ku tak bermakna

tiada yang lebih bernilai

dari pengorbanan yang suci itu

tak terdaya aku membalas

moga ku jadi anak yang bertaqwa

jasa mu oh ayah dan ibu

akan ku kenang selamanya

hidup saling berkasih sayang

membina keluarga bahagia

pada-Mu Allah aku berdoa

pada-Mu jua aku meminta

rahmati ibu ayah tercinta

ampunilah dosa-dosa mereka

panjang umur murah rezeki

sejahtera dalam ketaatan

moga bahagia di dunia

dan di akhirat beroleh syurga

daku mengharap redha ibu

juga redha darimu ayah

hanya itu yang ku pinta

agar hidupku lebih bermakna...