Pages

26/02/2015

Cara Basuh Cloth Diapers

Apa kita nak buat pertama kali beli CD? Banyak info yang kita boleh search dalam internet sekarang ni kan..Tapi saya nak kongsi juga dengan anda semua CARA basuh CD menggunakan mesin basuh dan tangan.


1- Basuh CD dan 'insert' (3 kali pre-wash) untuk kali pertama penggunaannya..Macam mana tu? Prosesnya camni = 1)Basuh -Bilas-Jemur Kering ,2)Basuh -Bilas-Jemur Kering,3) Basuh-Bilas-Jemur Kering..Biasanya info yang saya baca, Basuh tanpa menggunakan sabun..Tapi cara saya,Basuhan Pertama tu saya letak sabun sikit..Basuhan ke-2 & Ke-3 tu tanpa sabun.
*Sabun bukan boleh guna sebarangan ye..perlu guna sabun yang sesuai untuk CD.


2- Cara nak basuh CD setelah digunakan, keluarkan insert dari CD,lepas tu ikut la macam proses gambar di bawah..

                   A) Basuh guna mesin basuh
                        *yang no.3 tu masukkan sabun yang sesuai untuk CD.
                        *Guna sabun yang jenis kurang berbuih,tidak mengandungi enzyme(contohnya
                          enzyme pewangi atau pemutih.( Saya guna sabun cecair PUREEN H-A-D yang botol                           warna hijau tu).Jangan guna banyak macam nak basuh baju biasa.Guna 1/4 drpd                                   sukatan biasa
                        *saya masukkan CD dalam laundry net untuk jaga ketahanannya..Insert tak payah                                   masuk net pun.

Okeh..tu kalo basuh guna mesin..Kalau tak de mesin basuh atau tiba2 mesin basuh rosak (huwaaa...macam kes saya lah..mesin basuh meragam dari semalam) , cara untuk basuhan tangan macam kat bawah ni..


                   B) Basuh menggunakan tangan
                        *yang no.3 tu guna air paip biasa je
                        *yang no.6 tu macam saya duk flat,jemur kat bawah kipas boleh,jemur kat tingkap                                 boleh..hehe



3) JANGAN gunakan 'Softener' atau clorox semasa membasuh kerana 'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakkan CD atau Insert.

4)Jika ada kesan kotoran najis yang warna kekuningan pada CD atau Insert tu ,jangan risau..basuh guna mesin dia akan putih semula..Kalau basuh guna tangan tu kena kerja keras la sikit..hehe.. Anda boleh gunakan cecair pencuci pinggan 'Sunlight' ( Saya guna BASIC H SHAKLEE je sebab ia mmg produk natural)

5)Bagi insert yang sudah lama digunakan dan nampak kekuningan,jangan guna clorox untuk memutihkannya. Boleh perahkan limau nipis pada insert yang basah dan tinggalkan seketika sebelum dibasuh. Atau boleh dicampur sedikit soda bikarbonat semasa membasuh, kemudian bilas dengan air yang dicampur dengan sedikit cuka
*AMARAN- Jangan dibuat pada CD kerana cuka boleh merosakkan PUL(Material sebelah luar CD) yang boleh menyebabkan kebocoran.
Jangan risau,kekuningan pada insert tu akan hilang bila dibasuh berulang kali atau bila dijemur di tengah panas matahari(Matahari tu 'agen pemutih' semulajadi)

6)Dan yang terakhir, jika anda tidak sempat membasuh terus CD yang digunakan,anda boleh tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian.
*Bukan tinggalkan tak basuh langsung ye,at least basuh bilas guna air paip sahaja untuk hilangkan bau air kencing kemudian letak dalam baldi..Kalau ada kotoran najis,bersihkan dulu kotoran tu dan baru dimasukkan ke dalam baldi
* Saya basuh 2 hari sekali untuk jimatkan masa membasuh dan juga air..hehe(Tapi pastikan bilangan CD anda cukup untuk menampung penggunaannya ye)
*Jangan biarkan CD tidak dibasuh melebihi 3 hari kerana ia akan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan

Saya harap, ini dapat membantu anda memahami cara membasuh CD(terutama bagi ibu2 yang baru belajar nak guna CD)

Nak tengok pelbagai pilihan CD, Jom lawat page kami :)





asmaa

0 comments:

Post a Comment