Fuh..bercuti punya pasal,x dan belek blog..Tambah pulak kat kampung akses internet tak brape cun.. So,dah blk KL baru bleh update..
Anda kenal tak dengan kulit anda sendiri.. Kadang-kadang nak beli produk muka pun konfius nak beli yang macam mana.Sesuai ke tak dengan kulit kita kan..Meh kita kenal2 dulu kulit muka kita jenis yg mcm mana..
1- KULIT KERING
- Kulit mudah terasa bahang & tidak tahan menghadapi sinar matahari(easy to sunburn)
- Tidak menghadapi masalah liang roma kulit terbuka
- Selepas 10minit mencuci muka,kulit muka terasa kekeringan dan tegang
Saranan Jenis Pembersih Muka
- Pembersih muka dari jenis krim dan gel kerana pembersih jenis ini dirumus dengan kandungan pelembap bagi mengekalkan keseimbangan lembapan kulit walau setelah dicuci
2- KULIT BERMINYAK
- Warna Kulit akan mudah menjadi bertompok-tompok(warna kulit tidak rata), keperang-perangan atau timbul bintik-bintik hitam jika selalu terdedah kepada cahaya matahari
- Liang roma kulit terbuka mudah kelihatan
- Selepas setengah jam mencuci muka, terasa berminyak & melekit terutamanya di bahagian hidung
- Jerawat senang tumbuh
Saranan Jenis Pembersih Muka
- Pembersih muka dari jenis gel kerana ia mampu bertindak memerangkap minyak pada permukaan kulit dan di celah liang roma
3-KULIT NORMAL
- Kulit mungkin akan mengalami pengeluaran minyak berlebihan di sekitar zon T(dahi,hidung & dagu)
- Kulit mudah sunburn dan warna kulit mudah menjadi sedikit gelap
- 10 minit selepas mencuci muka,kulit muka terasa segar dan anjal
Saranan Jenis Pembersih Muka
- Pembersih muka biasa(foam), gel & berbentuk sabun(soap)
4-KULIT SENSITIF
- Tidak tahan dengan sinaran matahari. Mudah sunburn dan akan bertukar kemerah-merahan bagi mereka yang berkulit cerah.
- Amat sensitif terhadap pencemaran udara dan tidak sesuai menggunakan pembersih muka berasid tinggi.
- Sukar dijaga terutama yang mempunyai masalah jerawat
Saranan Jenis Pembersih Muka
- Pembersih muka jenis deep pore cleanser atau medicated bagi merawat kulit berjerawat
Jadi,dah dapat kenalpasti kulit anda jenis yang macam mana?
Di pasaran sekarang ni ada macam2 jenis produk penjagaan kulit muka..Pilih la yang serasi dan selamat dan pastikan tidak mengandungi bahan kimia.
Kalau luaran kita jaga,dalaman pun penting jugak
Saranan Supplemen Penjagaan Kulit
- B-Complex
- Vitamin C
- Vitamin E
Nak lagi mantap dan anti penuaan,tambah lagi 3 Jenis
- ESP
- Gla Complex
- Collagen Powder
Nak dapatkan Vitamin Penjagaan Kulit(dalaman), Jom singgah sini
asmaa






0 comments:
Post a Comment